Friday, October 26, 2007

Realiti OKU telah bermula

Realiti OKU telah bermula. 10 peserta telah terpilih untuk musim pertama. Pencarian peserta Realiti OKU bermula sejak 3 bulan lalu di seluruh negeri. Ramai OKU telah mengambil bahagian. Namun, hanya 10 sahaja peserta sahaja terpilih untuk musim pertama.

Jangan putus asa bagi yang tidak terpilih. Mungkin tuah anda ada di tempat lain. Menurut Donal Trump, "Bekerja Kuat, Jangan Putus Asa dan Nikmati apa yang anda miliki'. Jadi, secara tersuratnya OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tetapi secara tersiratnya, ia membawa maksud Orang Kuat Usaha. Ini kerana individu OKU terpaksa bekerja dua kali ganda (bekerja keras) untuk setanding dengan individu yang normal.

Namun begitu, saya percaya bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. Jadi, lihatlah kepada 'kelebihan' yang ada pada diri anda. Buatlah apa yang anda tahu. Pelajarilah apa yang perlu anda tahu. Berusahalah untuk mencapai impian anda. Dan nikmati apa yang anda miliki.

Selain itu, saya mengucapkan TAHNIAH kepada semua 10 peserta Realiti OKU musim pertama.

1 comment:

Ong Boo Siong said...

Saya setuju dgn saudara terhadap semangat OKU...OKU = Orang Kuat Usaha :)
Apa yg saya pelajari setiap kali melihat OKU yang positif ialah semangat, ketabahan, kegigihan, dan positif thinking mereka dlm mengharungi cabaran hidup.